Sunday 7 October 2018

5 KESILAPAN MEMILIH UNTUK MENJADI EJEN BAGI SESUATU PRODUK

5 KESILAPAN MEMILIH UNTUK MENJADI EJEN BAGI SESUATU PRODUK

Seperti yang kita sedia maklum zaman sekarang ada banyak cara untuk buat duit dengan senang antaranya adalah mendaftar sebagai ejen

kenapa perlu mendaftar sebagai ejen ?

  • Bila mendaftar sebagai ejen anda tak perlu keluarkan kos yang besar untuk membuat produk, tak perlukan ofis untuk upah pekerja, tak perlu nak buat kilang untuk buat produk, tak perlu beli mesin yang mahal untuk besarkan kapasiti produk bila tahap perniagaan semakin berkembang 
  • Jadi ejen adalah cara yang senang buat duit berbanding buat produk sendiri yang tak menjamin produk tu terjual dan boleh buat untung
  • Namun begitu ada yang tak sedar mereka telah membuat kesilapan mendaftar sebagai ejen apabila mereka tak tahu tips yang tepat dan telah membuat kesilapan memilih untuk menjadi ejen bagi sesuatu produk

Berikut merupakan 5 kesilapan memilih untuk menjadi ejen bagi sesuatu produk


1) PRODUK SUSAH UNTUK DIJUAL

Ramai orang terkejar - kejar kepada margin keuntungan yang tinggi tanpa mereka sedar produk yang mereka jual adalah produk yang tak diperlukan pasaran. Mereka nampak keuntungan yang tinggi tapi produk susah dijual kemungkinan hanya orang perlukan sebulan sekali paling teruk setahun sekali atau lebih, ditambah lagi bila syarikat pengeluar produk sendiri tak buat marketing untuk bantu ejen buat jualan

2) MEMPUNYAI KEUNTUNGAN YANG SEDIKIT

Sesetengah orang bagi bila nampak produk tu mudah dijual mereka dah tak perasa untung produk tu sikit, dan lagi teruk mereka tak tahu untung tu tak sesuai tak mampu menampung kos operasi seperti bil telco, petrol atau transport, duit makan sewaktu menjual, duit pampers anak - anak dan lain - lain, keuntungan yang sesuai adalah 55% dari produk jualan, bergantung pada situasi jugak kalau produk mudah dijual dengan cepat kepada kadar harian maka untung yang besar adalah bonus

3) TAK ADA CONTOH KEJAYAAN EJEN YANG PERNAH BUAT JUALAN

Ramai yang cakap "kalau rajin dapat lebih" tapi mereka tak ada istilah dapat lebih tu berapa, yang lagi teruk founder sendiri tak pernah capai jualan lebih tinggi atau paling ciput RM10k jualan sebulan jadi macam mana dia nak ajar ejen buat jualan RM10k sebulan ? Dalam bisnes iCeLy Aiskrim Potong kami ada ejen Melaka yang dah berjaya buat jualan RM10k dalam tempoh 3 bulan berturut - turut

4) SYARIKAT TAK ADA PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG BAGUS DAN TAK ADA SOKONGAN KEPADA EJEN - EJEN

Bila daftar ejen, syarikat jualan tu senyap, masa awal - awal siap suruh buat pinjaman tapi bila ejen dah daftar dan buat belian founder tersebut seolah - olah menghilangkan diri, bila ejen ada masalah founder suruh selesaikan sendiri padahal masalah datang dari produk syarikat tersebut, mereka tak ada staff yang boleh bagi sokongan pada ejen bila ada masalah

5) TIADA SISTEM UNTUK EJEN YANG TELAH BUAT JUALAN

Huraian yang terakhir adalah tiada sistem untuk ejen, katakan ejen tak boleh buat jualan, mereka tak tahu apa perlu buat, dan ejen mula tersangkut pada fasa tertentu seperti RM1k atau RM2k sebulan dan sebenarnya kalau ada panduan untuk ejen maka semua ini akan membantu ejen terus meningkat dari semasa ke semasa, mereka tambah ejen tanpa pengetahuan ejen yang lama di tempat yang sama dan membuatkan persaingan yang teruk antara ejen yang sama, tiada sistem yang sepatutnya HQ kena susun ejen mengikut kawasan untuk elak pertembungan



No comments:

Post a Comment

Festival Kelantan 2022 Klik link dibawah dan jawab soalan yang disediakan untuk dapatkan   iCeLy aiskrim potong PERCUMA (Mulakan dengan link...