MENGAPA SAYA PILIH AISKRIM SEBAGAI PERNIAGAAN SAYA ?
===============================================
Saya Akram Che Abdullah merupakan lulusan Diploma Analisis Pelaburan dan telah memulakan perniagaan aiskrim selama dua tahun. Jenama perniagaan saya adalah iCeLy dan keutamaan saya adalah aiskrim buatan MUSLIM dengan 13 Super Flavour boleh lihat senarai di page iCeLy
.
.
Saya pasti anda tak pernah dengar jenama iCeLy walaupun perniagaan saya telah bertapak selama 2 tahun dalam perniagaan. Permulaan perniagaan saya adalah di Dungun setelah menamatkan pengajian Diploma dan terus memulakan perniagaan disana. Nak tahu kenapa ?
.
.
Jawapannya adalah saya selalu tempuh dinding. Saya memulakan perniagaan dengan nama frozzy tapi gagal kerana nama yang payah untuk dikenali. Kemudian saya bangkit dengan menggunakan nama iCeLy tapi saya gagal kerana saya ego ingatkan bisnes ni buat - buat terus maju, tanpa menuntut ilmu marketing, ilmu kewangan, ilmu sales dan banyak ilmu yang sepatutnya seorang pemilik perniagaan perlu tahu
.
.
Kegagalan tak pernah membenarkan saya untuk terus berputus asa sehinggalah saya terbaca kata - kata dari pengasas Bella Ammara untuk kita kekal dalam dunia perniagaan kita perlu membaca. Hasilnya saya mulakan membeli dan membaca buku - buku perniagaan. Kemudian saya mengikuti kursus Dr Azizan Osman dengan yuran berjumlah 3 angka yang mustahil dengan kemampuan saya tapi keinginan saya memastikan saya mampu mengikuti kelas 3 hari dan berada di antara barisan hadapan dengan niat untuk berjaya dalam perniagaan.
.
.
Sekarang saya masih meneruskan perniagaan saya di Kok Lanas dengan berbekalkan modal yang kecil saya buat aiskrim di rumah. Tidak memiliki kedai atau kiosk saya memulakan di rumah dan mengamalkan konsep Aiskrim Delivery.
.
.
Bagi memastikan saya berjaya saya perlu buat orang kok lanas tahu kewujudan aiskrim icely. Saya buat tindakan luar biasa dengan mengedarkan flyer di sebuah kawasan perumahan tapi pemilik rumah berkenaan ambil dan terus buang depan mata saya. Namun itu tidak menjatuhkan semangat saya kerana apa yang saya dapati masih tiada aiskrim buatan MUSLIM di Kok Lanas dan itu keutamaan saya sambil menjalankan konsep fardhu kifayah tanggùngjawab seorang MUSLIM di Kok Lanas
.
.
.
Doakan kejayaan saya semoga kita sama - sama kaya dan berjaya di dunia dan akhirat ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Festival Kelantan 2022 Klik link dibawah dan jawab soalan yang disediakan untuk dapatkan iCeLy aiskrim potong PERCUMA (Mulakan dengan link...
-
BESUT POPULASI PENDUDUK 140,952 ORANG (2010) 9 LOKASI PASAR MALAM AHAD Pasar Malam Gong Duek Nama & Ejen : ( BELUM ADA EJEN )...
-
CABUTAN BERTUAH ICELY AISKRIM POTONG Terima kasih kerana menyokong iCeLy untuk menyertai cabutan bertuah sila tekan dan isikan maklumat di ...
-
KOTA BHARU POPULASI PENDUDUK 319,600 ORANG (2017) 13 LOKASI PASAR MALAM & 3 LOKASI PASAR PAGI AHAD Pasar Malam Berek 12 ...
No comments:
Post a Comment