Tuesday, 11 April 2017

AISKRIM VIRAL KELANTAN - CHOCOLATE PEANUT BUTTER SUNDAE

11 APRIL 2017 (KOTA BHARU) - Khusus untuk penggemar peanut butter, menu aiskrim yang diberi nama Chocolate Peanut Butter Sundae adalah pilihan yang sepatutnya anda pilih ketika singgah di iCeLy

Mengikut pilihan pelanggan yang berkunjung ke iCeLy, Chocolate Peanut Butter Sundae adalah pilihan kedua mereka kerana namanya yang unik beserta coklat warna warni yang ditaburkan di atas aiskrim ni huh memang menambat hati la

Chocolate Peanut Butter Sundae adalah gabungan antara aiskrim dan peanut butter dicampurkan lagi dengan biskut butter, coklat warna - warni dan beberapa bahan lain, perghh terliurnye, tgk gambar pon dah sedap

AISKRIM VIRAL KELANTAN - NUTELLA DELUXE SUNDAE

11 April 2017 (Kota Bharu) - Sebuah kiosk aiskrim yang diberi nama iCeLy yang kini bertempat di Sapphire Cafe mengeluarkan pelbagai menu - menu unik yang luar biasa berasaskan aiskrim. Produk pilihan utama pelanggan yang berkunjung ke iCeLy adalah Nutella Deluxe Sundae. Produk ini merupakan produk yang belum pernah ada di Kelantan sesuai dengan temanya "belum wujud di Malaysia tapi ada di Kelantan"

Ramai pelanggan memberikan komen - komen positif tentang Nutella Deluxe Sundae ni dan akhirnya ia telah menjadi menu nombor 1 pilihan pelanggan yang berkunjung.

Nutella Deluxe Sundae mempunyai aiskrim di bawahnya dan dilapisi dengan hirisan kek, coklat, nutella dan beberapa ramuan lain membuatkan pelanggan sangat teruja dengan Nutella Deluxe Sundae ini.



Thursday, 30 March 2017

AISKRIM VIRAL KELANTAN - POST DI FACEBOOK DAPAT LEBIH DARI TIGA RIBU SHARE OLEH NETIZEN

30 Mac 2017 (Kota Bharu) - Gempar di media sosial facebook apabila satu posting yang dimuat naik oleh sebuah page iCeLy Kota Bharu menjadi viral dan mendapat lebih dari tiga ribu perkongsian (share) di halaman media sosial facebook.

Gambar yang mempunyai sembilan pecahan gambar kecil didalamnya mula menjadi tarikan netizen kerana keunikan aiskrim yang ada antaranya Aiskrim Roti Canai Regular, Nutella Deluxe Sundae, Chocolate Caramel Turtle Sundae, Banana Split, Cookies Lover's Sundae, Chocolate Peanut Butter Sundae, Iceburg (Burger Aiskrim), Aiskrim Roti Canai Roll dan S'Mores Sundae. Ini kerana aiskrim seperti ini belum pernah wujud di Malaysia tapi ada di Kelantan


Berikut merupakan jumlah terkini perkongsian di media sosial facebook pada hari ini (Khamis) oleh netizen sebanyak 3,546 share


Wednesday, 29 March 2017

AISKRIM VIRAL KELANTAN - ICELY KINI BEROPERASI DI SAPPHIRE CAFE, LEMBAH SIREH

29 Mac 2017 (Kota Bharu) - Syurga Aiskrim begitulah perkataan yang digambarkan oleh salah seorang pelanggan iCeLy. iCeLy menawarkan pelbagai menu aiskrim yang unik pertama di Kelantan seperti nya

iCeLy yang dikenali umum sebagai aiskrim viral kelantan kini telah berpindah operasi dari Maheran Laksa 5 ke Sapphire Cafe. Operasi iCeLy di Maheran Laksa 5 berakhir pada 26hb Mac (Ahad) dan kini berpindah sepenuhnya di Sapphire Cafe.

Lokasi Sapphire Cafe cuma terletak di bangunan sebelah sahaja. Jika anda dari roundabout utama TESCO Kota Bharu jadi anda kena ambil simpang ke arah kiri dan perhatikan bangunan di sebelah kanan, SAPPHIRE CAFE

Jika anda dari traffic light utama AEON MALL Kota Bharu jadi anda kena ambil simpang ke kanan dan perhatikan bangunan sebelah kiri.

Bangunan Sapphire Cafe ini mengadap matahari naik di mana setiap bangunan di Lembah Sireh mengadap bangunan lain kecuali bangunan Sapphire Cafe ini.


Thursday, 16 March 2017

AISKRIM VIRAL KELANTAN - GUNUNG STONG SUNDAE

15 Mac 2017 (Kota Bharu) - iCeLy yang semakin dikenali ramai warga Kelantan telah mengeluarkan produk baru yang di beri nama Gunung Stong Sundae. Ditanya kenapa nama Gunung Stong Sundae, pemiliknya menjawab gunung paling tinggi di Kelantan adalah Gunung Stong jadi kita nak beri satu imej Kelantan pada produk iCeLy.

Sedikit info tentang Gunung Stong Sundae ni merupakan aiskrim tertinggi setakat ini, dihiaskan dengan biskut dan hiasan unik iaitu kon yang diterbalikkan, belum pernah ada di Kelantan kini hanya di iCeLy

iCeLy
Tapak Sapphire Cafe
Simpang kiri Roundabout TESCO


Saturday, 31 December 2016

AISKRIM TOAST MENU ANDA PERLU CUBA 2017

AISKRIM TOAST MENU ANDA PERLU CUBA 2017
.
InsyAllah 2017 ni bakal ada 10 menu unik anda perlu cuba di iCeLy pada 2017
.
Menu ni diberi nama aiskrim toast gabungan dari roti, telur dan peanut butter yg di goreng beserta askeyem (aiskrim) :D
.
Kebiasaannya hanya dijual di kopitiam, tapi kali ni ICeLy Kota Bharu akan ada Aiskrim Toast pada 2017,
.
Nantikan tau :D
.
masih dalam proses R&D hehe :D





Wednesday, 28 December 2016

AISKRIM ROTI CANAI ROLL GAMBAR KIRIMAN PELANGGAN

GAMBAR DARI PELANGGAN
.
"Harini ada kor tu, aiskrim roti canai ?"
.
"Ada, nk yg regular ke nk hok roll ?"
.
"Kito nk tra hok roll la."
.
"okei"
.
Lepas je aiskrim roti canai roll sampai terus snap pic ni
.
Anyway tq tq tq so much sharing ohsemm pic ni :D


Festival Kelantan 2022 Klik link dibawah dan jawab soalan yang disediakan untuk dapatkan   iCeLy aiskrim potong PERCUMA (Mulakan dengan link...