Tuesday 18 February 2020

JATUH HATI BILA TRY MAKAN ICELY VANILLA, LEPASTU TERUS DAFTAR EJEN ICELY

26 Januari 2019 merupakan hari pendaftaran Puan Mazlina Bt Mat Jusoh  dan suaminya Tuan Hasrul Bin Che Hashim  sebagai ejen iCeLy secara rasmi di Sungai Udang, Melaka.

Puan Mazlina mula kenal iCeLy bila anak Puan Mazlina beli aiskrim di Klebang Dataran 1 Malaysia, kali pertama Puan Mazlina cuba makan iCeLy Vanilla Puan Mazlina terus jatuh cinta. Terus terdetik dalam hati Puan Mazlina  kalaulah aku dapat jual aiskrim ni best juga sebab sebelum  ini Puan Mazlina pernah berniaga Aiskrim Malaysia dan percaya perniagaan aiskrim iCeLy ni boleh pergi jauh.

Lepas tiga empat hari Puan Mazlina terjumpa Facebook Akram Che Abdullah (founder iCeLy Aiskrim Potong). Selepas Puan Mazlina baca informasi di Facebook Page iCeLy Aiskrim Potong Puan Mazlina terus tertarik untuk mendaftar sebagai ejen.

Puan Mazlina pernah bekerja tetapi tiap bulan Puan Mazlina selalu ada masalah bayaran gaji yang agak lambat sampai Puan Mazlina nak buat bayaran kereta pun tertangguh.  Tapi bila mula berniaga iCeLy Puan Mazlina dapat selesaikan bayaran roadtax kereta dengan hasil duit niaga iCeLy. Perkara yang paling best Puan Mazlina tak sangka sebab sampai sekarang boleh bertahan walaupun hanya berniaga iCeLy secara partime dan tapi berjaya menjana pendapatan sampai RM 5,000 sebulan.

Sekarang Puan Mazlina selalu berniaga iCeLy
·         Ahad di Penjara Sungai Udang dan Pantai Putri
·         Selasa berniaga di Pasar Malam Taman Terendak Permai 
·        Rabu berniaga di Pasar Malam Plaza Sungai Udang
·        Khamis berniaga di Pasar Malam Bandar Baru Sungai Udang
·        Sabtu Pasar Tani Krubong Jaya dan Pasar Malam Plaza Sungai Udang dan Pantai Putri. 



Boleh hubungi Puan Mazlina 01118629845 untuk dapatkan iCeLy dari Puan Mazlina Ejen Sungai Udang





Tuesday 11 February 2020

TAK NIAGA SEHARI DAH RASA TAK KERUAN, HARI-HARI RASA NAK NIAGA


7 Disember 2019 merupakan hari pendaftaran Puan Nor Afiqah bt Wan Chek beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa sebelum memulakan perniagaan iCeLy.


Perniagaan iCeLy bermula bila suami Puan Afiqah mencadangkan untuk berniaga aiskrim kerana aiskrim makanan yang santai dan Puan Afiqah dengan serta merta memulakan pencarian di Facebook dan terjumpa Facebook page iCeLy Aiskrim Potong. Selepas Puan Afiqah lihat informasi di Facebook iCeLy Aiskrim Potong Puan Afiqah terus tertarik untuk mendaftar sebagai ejen iCeLy.

Puan Afiqah pernah bekerja dulu tetapi terpaksa berhenti disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.  Sebelum berniaga iCeLy, Puan Afiqah sangat susah hati bila bermula musim persekolahan sebab nak kena beli pakaian sekolah dan macam-macam belanja persekolahan kena keluarkan. Pernah suatu hari, bila nak makan pun kena berjimat cermat tak boleh beli ikut suka apa yang nak walaupun anak-anak menangis minta belikan makanan.

Tapi sejak join iCeLy hari-hari ada duit bila berniaga iCeLy dan anak-anak nak minta belikan apa-apa makanan pon Puan Afiqah dan suami boleh belikan dah boleh tak macam dulu lagi. Alhamdulilah, sejak kenal iCeLy Puan Afiqah cakap senang sangat nak untuk buat duit. Lagi best bila jual iCeLy pelanggan yang dah rasa akan beli untuk kali kedua disebabkan keaslian rasa aiskrim yang padu. Hari-hari Puan Afiqah rasa nak niaga kalau tak niaga sehari dah rasa keruan.


Boleh hubungi Puan Afiqah 0173001740 untuk dapatkan iCeLy dari Puan Afiqah Ejen Bukit Jalil




Sunday 2 February 2020

MAK TAK BAGI JUAL AISKRIM, MAK CAKAP SAPE LA NAK BELI AISKRIM NANTI

6 Disember 2019 merupakan hari pendaftaran Puan Ena Hazliena sebagai ejen iCeLy secara rasmi dan beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa

Dulu Puan Ena Hazliena pernah bekerja tetapi sebelum hujung bulan duit untuk perbelanjaan Puan Ena Hazliena selalu tak cukup, tak sampai hujung bulan lagi dah habis. Puan Ena Hazliena juga pernah berniaga tudung secara online tapi tak dapat sambutan. Sampai la Puan Ena Hazliena mula berniaga iCeLy

Pada mulanya, Puan Ena Hazliena ternampak orang jual aiskrim di Sungai Besar, Selangor Puan Ena Hazliena mula berminat untuk berniaga aiskrim.  Kebetulan masa dekat rumah, Puan Ena Hazliena ternampak posting  iCeLy di Facebook. Puan Ena mula berminat untuk menjual iCeLy dan tertarik untuk mendaftar sebagai ejen,  tetapi ditentang oleh mak Puan Ena kerana alasan mak tak ada orang nak beli aiskrim dan nanti tak laku.

Puan Ena cuba buktikan mak Puan Ena silap dan terus mendaftar sebagai ejen. Pengalaman pertama Puan Ena Hazliena berniaga di Pasir Panjang dalam Karnival Memancing dan untuk hari pertama Puan Ena berjaya menjual sebanyak 40 kiub hampir separuh dari stok pertama dalam masa sehari je. 
Bila sampai kat rumah terus Puan Ena bagitau mak dan cakap aiskrim habis, Mak Puan Ena pada awalnya tak percaya tapi bila Puan Ena tunjukkan duit jualan terus Mak beliau percaya

Alhamdulilah, sekarang setiap kali berniaga  mak Puan Ena selalu bagi sokongan dan seronok melihat beliau berniaga dan yang paling Puan Ena Hazliena gembira sebab hari-hari beliau selalu nampak duit setiap hari dah tak macam dulu, tak sempat sampai hujung bulan je poket kering.

Sekarang Puan Ena selalu berniaga setiap hari Ahad di Pasar Bankenal @ Lang Buana dan pada Setiap hari Rabu berniaga di Pekan Sekincan dan setiap hari Khamis berniaga di Pekan Tanjung Karang. Boleh hubungi Puan Ena 60133531187 untuk dapatkan iCeLy dari Puan Ena





















Festival Kelantan 2022 Klik link dibawah dan jawab soalan yang disediakan untuk dapatkan   iCeLy aiskrim potong PERCUMA (Mulakan dengan link...