Friday, 26 October 2018

KANOPI TEMPAT JUALAN AISKRIM POTONG TERBANG MASA TENGAH JUALAN

"KENANGAN YANG TAK BOLEH DILUPAKAN BILA KANOPI TEMPAT JUALAN AISKRIM POTONG TERBANG MASA TENGAH JUALAN" - Khairi pemilik iCELY KL

Nak senang bukan senang, nak susah bukan susah, mesti ramai yang pernah dengar ayat ni kan ?

Itu lah yang terjadi kepada Tuan Khairi & Cik Ain sewaktu bermula niaga iCeLy Aiskrim Potong di Kuala Lumpur, mereka mula mendaftar sebagai ejen iCeLy Aiskrim Potong pada penghujung Februari 2018

Khemah atau dipanggil kanopi jualan aiskrim potong terbang semasa jualan merupakan pengalaman pahit yang dilalui oleh mereka, bukan itu sahaja, mereka juga pernah kerugian lebih daripada seribu ringgit ketika menyertai event yang digemparkan oleh pihak aturcara tentang pelanggan yang akan bersesak tetapi hanyalah omong kosong pihak penganjur sahaja, akhirnya modal hangus dilaburkan hanya untuk membayar sewa tapak event tersebut

untuk makluman Tuan Khairi & Cik Ain merupakan pemilik kepada iCeLy KL yang telah menyempurnakan lebih 50 majlis - majlis korporat katering aiskrim iCeLy Aiskrim Potong di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan artis terkenal seperti Aiman Tino sebanyak dua kali majlis keramaian, dan beberapa syarikat korporat seperti Agro Bank, Maybank, SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) dan banyak lagi majlis keramaian yang telah mengambil katering aiskrim iCeLy Aiskrim Potong melalui mereka

Selepas kesusahan akan datang kesenangan itulah fitrah kehidupan dan pengalaman manis semasa menjalankan perniagaan iCeLy Aiskrim Potong adalah mereka berjaya buat jualan hampir RM500 dalam tempoh satu malam iaitu lebih kurang 4 jam berniaga

Kini, fokus iCeLy KL adalah pada majlis keramaian sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi mereka yang nak pastikan majlis keramaian mereka terutamanya majlis perkahwinan setaraf 5 bintang diingati sepanjang zaman dan berbeza dari majlis perkahwinan yang lain boleh terus hubungi iCeLy KL

Oh ye dan mereka juga ada buat perkhidmatan COD sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dengan minimum 20 CUBE aiskrim potong bagi mereka yang ada masalah tak cukup masa, tak tahu nak hidangkan menu apa pada tetamu untuk majlis keramaian seperti hari jadi, majlis kesyukuran dan lain - lain boleh terus hubungi iCeLy KL di nombor di bawah

Sila pastikan anda buat tempahan awal kerana tempahan katering aiskrim adalah sangat terhad

Tuan Khairi - 010 237 5031
Cik Ain - 011 2742 2612

boleh terus klik sini untuk whatsapp













No comments:

Post a Comment

MAKAN AISKRIM DAN MENANG IPHONE XS

MAKAN AISKRIM DAN MENANG IPHONE XS Perhatian !!!! untuk semua pelanggan iCeLy Aiskrim Potong jangan lepaskan peluang untuk sertai Peraduan...